Thursday 10 February 2011

Travelog ringkas-Mesir bergolak-29 Jan-3 Feb

Negara ibu tamadun memasuki fasa revolusi baru

Memandangkan ramai yang bertanyakan perincian apa yang berlaku, harapannya nota ini dapat memberi sedikit gambaran. Berikut adalah emel yang dihantarkan kepada sinarharian,hmetro,malaymail, malaysiakini dan malaysia insider. Tak tahulah akan keluar atau tidak dalam ruang surat pembaca.

25 Januari 2011, rakyat Mesir turun di jalanan untuk membantah pemerintahan kuku besi Presiden Hosni Mubarak. Dan ianya berlanjutan hingga kemuncaknya pada 28 Feb 2011. Ini menyebabkan internet, telefon dan khidmat sms dihentikan. Dan diantara yang terkesan adalah lebih dari 10000 rakyat Malaysia yang berada di mesir sama ada untuk tujuan belajar, ziarah atau melancong. Berikut adalah pengalaman saya untuk memberikan gambaran dari apa yang saya lalui.

1 Feb : saya bertolak dari DMAK (Dewan malaysia abbasiah Kaherah) bersama dengan beberapa orang rakan yang lain ke Lapangan Antarabangsa Kaherah(LAK). Pada hari tersebut perintah berkurung diawalkan 2 jam bebanding hari sebelumnya iaitu akan bermula pada jam 1300 berbanding hari sebelumnya yang bermula dari jam 1500. Mengikut maklumat yang saya perolehi dari NileTV(Tv rasmi kerajaan Mesir), egyptair tidak memberhentikan operasinya tetapi akan melakukan perubahan kepada penerbangan yang berlangsung ketika perintah berkurung. Pada ketika itu usaha untuk menyemak status flight amat sukar kerana agensi perlancongan di mana tiket saya dibeli tidak dibuka. Dan nombor hotline egyptair (1717 dari telefon mudah alih; 1LE/minit) tidak dapat memberikan kepastian mengenai status mana2 penerbangan. Jadi saya mengambil keputusan untuk pergi ke LAK dengan berbekalkan makanan untuk sehari kerana saya percaya yang Egyptair hanya menunda penerbangan.

Sesamapainya saya di Terminal 3 (dikhususkan untuk Egypt air dan syarikat penerbangan yang menjadi ahli Star Alliances), terdapat lebih kurang 70-100 rakyat Malaysia yang terkandas di sana. Ada yang sudah

berada di sana selama beberapa hari sejak 29 Januari. Mereka dijanjikan bahawa akan ada penerbangan Kaherah-Kuala Lumpur dilakukan dalam masa terdekat. Kami dijanjikan bahawa sekiranya kumpulan ke Malaysia mencecah 150orang maka akan ada penerbangan ke Kuala Lumpur. Pada jam 2100 kami mula berkumpul di hadapan pintu masuk check-in untuk mendesak pihak egyptair mengusahakan penerbangan ke Malaysia atau menukarkan kepada penerbangan ke mana-mana destinasi bersama dengan connecting flight sekali. Pada jam 2130 penerbangan ke kuala lumpur(dijadualkan berlepas pada pukul 0015) muncul di skrin tanpa sebarang status. Kemudian berubah kepada dibatalkan, kumpulan kami mula menjerit dan bertengkar dengan sekuriti dan pegawai EgyptAir. Kami meminta untuk berunding dengan ketua pegawai untuk mencari sebarang penyelesaian. Namun permintaan kami tidak diendahkan. Kami juga telah menghubungi pegawai kedutaan agar membantu kami berbincang dan memberikan tekanan kepada egyptair untuk membawa pulang kami yang terkandas, namun jawapan yang diterima ialah egyptair ialah syarikat swasta dan perbincangan dan tekanan terhadap egyptair tidak akan membawa apa-apa faedah. Terdapat panggilan dari Tv9 untuk memastikan

situasi sebenar. Kami mendapat maklumat bahawa 150orang yang terkandas sejak 29 Jan itu dilaporkan telah selamat sampai, tetapi dikalangan kami memang ada yang menanti dari 29 Jan lagi.

Akhirnya setelah beberapa lama, ada diantara kami yang dapat menghubungi YAB Duta Malaysia ke Mesir untuk memaklumkan keadaan kami yang terkandas di terminal 3 LAK, dan dimaklumkan bahawa kedutaan akan

menghantar wakil mereka bertemu dengan kami pada esok harinya. Kami berkumpul dan tidur di hadapan pintu masuk sebagai tanda protes terhadap pihak pengurusan egyptair kerana membatalkan penerbangan ke

malaysia dan enggan menggantikannya dengan mana2 laluan yang masih beroperasi bersama dengan connecting flight ke kuala lumpur, sebaliknya memberikan pilihan kepada kami untuk menukar laluan ke

mana2 destinasi (dimana kami terpaksa mangambil risiko berada di destinasi seterusnya tanpa sebarang persiapan yang cukup; duit dsb) , refund tiket (terhad kepada mereka yang membeli tiket di dalam Mesir) atau membeli tiket penerbangan lain. Jadi kami tiada pilihan lain melainkan menunggu penerbangan ke kuala lumpur seterusnya.

2 Feb : Kami dikejutkan pada pukul 5pagi dengan ura-ura bahawa akan ada penerbangan langsung ke KLIA. Namun setelah puas menunggu, tiada apa2 hasil. Kemudian wakil kumpulan kami Puan Shakeela Khanam telah

berusaha berbincang dengan pihak egyptair, dan kami sekali lagi dijanjikan bahawa terdapat penerbangan ke KLIA pada pukul 5 petang. Timbalan Menteri Luar, pegawai dari Wisma Putra dan YAB Duta Malaysia

ke Mesir datang melihat keadaan kami. Kami diberikan sedikit maklumat mengenai pelan evakuasi dan dalam masa yang sama kami meminta mereka untuk berbincang dengan pihak Egyptair. Akhir keputusan mereka mengatakan bahawa memang akan ada penerbangan ke KLIA pada pukul 5ptg. Dan kami akan diberikan makanan tengahari dari syarikat egyptair.

Dalam jam 1400 kami mendapat makanan tengahari yang dijanjikan, namun berita mengenai penerbangan itu masih lagi tidak kelihatan hasilnya, dan pada hari ini baru pegawai dari kedutaan datang melihat kami yang terkandas di terminal 3. Pada pukul 5ptg kami dimaklumkan bahawa tidak akan ada penerbangan ke KLIA pada hari tersebut.. Kami diberikan penginapan percuma di hotel Iberotel(hotel transit) semalaman, makan malam dan sarapan, dan dijanjikan sekali lagi penerbangan ke malaysia pada keesokan harinya. Bilangan kami berkurangan setelah ramai yang menukar haluan dengan membeli tiket penerbangan ke destinasi yang baru kerana tidak dapat percaya dengan janji baru itu.

3 Feb : Penerbangan kami ditukarkan didalam sistem daripada CAI-KUL kepada CAI-JED-KUL. Kami bertolak dari LAK ke Jeddah menaiki kapal Egyptair pada jam 1300. Perjalanan selama 2 jam. Kami terpaksa melalui kerenah kastam yang ketat kerana ketiadaan visa walaupun tiket untuk connecting flight memang sedia ada di dalam itenary. Kami diberikan kupon makan malam. Dan berlepas ke KLIA pada jam 2330 waktu tempatan.Dan alhamdulillah sampai ke KLIA pada jam 1300 waktu Malaysia.

Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang berusaha membantu baikdari kalangan kami sendiri yang terkandas mahupun dari badan-badan dan persatuan-persatuan pelajar di Mesir yang memberikan bantuan bekalan makanan. Tidak lupa juga kepada kerajaan Malaysia yang prihatin namunmasih terdapat beberapa kelemahan. Justeru ingin saya utarakan beberapa perkara di sini ;

1- Sepanjang tempoh terkandas di lapangan terbang 29 Jan- 3 Feb(mengambil kira mereka yang paling lama terkandas di LAK di dalam kumpulan kami), kedutaan hanya menghantar wakilnya untuk membantu kami pada 2 feb. Dan untuk 2-3 hari yang awal beberapa penumpang terpaksa beralas perut dengan membeli makanan yang amat mahal di dalam LAK. Sedangkan dalam tempoh tersebut mesin ATM tidak berfungsi, wang tunai semakin sedikit, dan bekalan makanan yang amat terhad (pada 2 Feb rata2 kedai serbaneka dan restoran di LAK tidak beroperasi kerana tidak mendapat bekalan).

2-Terdapat beberapa wakil dari kerajaan eropah dan benua amerika(spt swiss dan canada) yang menunggu di Terminal untuk memberikan bantuan kepada rakyat mereka samada dari segi makanan dan khidmat nasihat.

Mereka memakai vest yang tertulis nama negara dan lambang negara mereka. Persoalannya, negara yang mempunyai rakyat yang secara relatifnya sedikit berbanding dengan Malaysia mampu menghantar wakil

untuk membantu rakyat mereka, menagapa kerajaan Malaysia tidak mampu menugaskan beberapa orang wakil kerajaan di Terminal 1&3 untuk memberikan bantuan nasihat dan makanan sedangkan pelajar Malaysia yang

berada di Mesir lebih dari 10 000 orang. Tidakkah pihak yang bertanggungjawab berfikir bahawa terdapat ramai rakyat Malaysia yang berada di Mesir untuk melawat anak-anak, rakan dan saudara mereka sempena cuti musim sejuk? Tidakkah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia yang terkandas di mana-mana negara yang bergolak? Secara logiknya Malaysia yang mempunyai rakyat yang ramai di Mesir seharusnya bertindak lebih cepat dan menghantar wakil kerajaan di terminal utama di negara yang terlibat.

3-Kesemua yang terkandas merupakan mereka yang membeli tiket Egyptair, kerana mereka lebih mengutamakan penerbangan ke negara maju dan negara jiran bersebelahan (kerana kurangnya penerbangan ke sana

yang dibatalkan berdasarkan pemerhatian saya). Kami tahu dan sedar bahawa menjadi tanggungjawab pihak penerbangan untuk menggantikan penerbangan yang dibatalkan ke mana-mana destinasi yang ada bersama dengan connecting flight. Tetapi kami dinafikan dari hak tersebut, dan mereka hanya memberikan pilihan menukarkan cai-kul ke destinasi yang lain tanpa sebarang connecting flight dari destinasi baru ke KLIA, bermakna kami terpaksa membeli tiket baru untuk ke KLIA dan mengambilrisiko terpaksa menetap di terminal transit tanpa sebarang persiapan yang cukup.

4-Kami juga dinafikan hak untuk menebus tiket penerbangan yang dibatalkan, dan dikatakan hanya mereka yang membeli di LAK sehaja berhak mendapat wang kembali. Ini amat penting kerana rata-rata dari kami sudah kehabisan wang tunai dan untuk meminta mereka yang beradadi luar mesir beli secara online adalah mustahil kerana ketiadaan

tempat kosong. Pilihan yang ada adalah untuk membeli tiket darisyarikat penerbangan lain yang kurang bermasalah. Namun dengan hargatiket yang mahal dan kehabisan wang, kami tiada pilihan melainkan untuk menunggu penerbangan ke KLIA.

5-Usaha kami untuk berunding dengan pihak atasan Egyptair juga menemui jalan buntu kerana permintaan kami untuk berunding tidak diendahkan. Mujur ketika pada akhirnya wakil kami dapat berunding dengan mereka. Kerana kami pada mereka hanyalah orang biasa yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan.

6-Internet terputus dan khidmat sms dihentikan sejak 28 Feb lagi.Dan ini menyukarkan lagi urusan pembelian tiket, di mana kebanyakan kami mengharapkan keluarga di luar Mesir untuk membeli tiket.Satu-satunya cara yang ada ialah dengan menelefon mereka, dan rata-rata kami hanya memiliki talian prepaid di mana bekalan top-up diLAK pun sudah habis. Ini memang menyulitkan keadaan. Kami terputus dengan dunia luar, dan maklumat yang kami dapat amat terhad, lantas menyukarkan kami untuk membuat keputusan.

7-Kelewatan pihak kedutaan untuk menghantar wakil dan bertindak amat dikesalkan, kerana terdapat di antara kami mereka yang berkeluarga dan pelajar-pelajar baru yang pengalaman mereka berurusan dengan situasi

dan karenah serta perkara yang melibatkan hak-hak mereka amatlah terhad. Kami yang terkandas hanyalah rakyat Malaysia biasa yang bukan pakar dengan undang antarabangsa dan hak-hak kami dalam urusan penerbangan. Sepatutnya pihak kedutaan/kerajaan menghantar wakil yang arif selok-belok undang-undang untuk membantu kami. Dan wakil-wakil tersebut sepatutnya berada di terminal 1&3 sepanjang krisis berlaku untuk membantu rakyat Malaysia yang terkandas.

8-Terdapat kekurangan dari segi komunikasi dan maklumat. Kerana website rasmi kerajaan sangat lambat dikemaskini berbanding dengan sumber alternatif melalui facebook, tweeter dsb. Ini menyebabkan banyak khabar angin yang berlegar. Kerajaan perlu maklum bahawa saat-saat kritikal begini kemaskini sepatutnya dilakukan setiap minit!

9-Keputusan kerajaan untuk memberikan penerbangan percuma ke Malaysia adalah lewat, dan meletakkan kebanyakkan pelajar dalam dilema di samping terlalu banyak ketidakpastian yang didalam perancangan evakuasi, kerana pada mulanya kami diberi taklimat JPA pada 1 Janbahawa pelan evakuasi hanya ke jeddah dan sebarang usaha untuk keluar dari jeddah adalah di bawah tanggungan masing-masing. Hanya dalam 3Feb sahaja ada khabar bahawa akan ada penerbangan percuma dari Jeddah ke KL.

10-Kawasan-kawasan penempatan pelajar Malaysia kebanyakannya di zon hijau, di mana kawasan-kawasan ini tidak terkesan, kerana penduduk setempat menubuhkan rukun tetangga, menjaga kawasan setempat dengan

menyekat jalan-jalan dengan batu, kayu, tiang dsb dari sebaranag tindakan anarki. Namun begitu bekalan makanan di kawasan setempat semakin berkurangan kerana jalan masuk ke Kaherah telah ditutup pada waktu perintah berkurung. Dibimbangi jikalau ianya berterusan akan menimbulkan suasana panik dan cemas.

11-Untuk kebaikan bersama, saya amat berharap kerajaan Malaysia dapat memperbaiki cara menangani situasi seperti ini. Sedangkan dengan jumlah rakyat Malaysia yang begini ramai pun perkara seperti ini (terkandas dan bantuan lambat tiba) berlaku, bagaimana jika jumlah yang terlibat lebih sedikit dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan.

Juga dapat memberikan tekanan diplomatik ke atas kerajaan Mesir untuk mengakhiri episod mencemaskan ini.

12-Saya ingin berterima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam membantu rakyat Malaysia di Mesir.

Mohd Irfan Mohd Sharif

Pelajar Tahun 2 Universiti Al-Azhar

Kaherah

GPTD Mesir

Wednesday 24 November 2010

Jaulah Tarbiah & Mahabbah 12-15 Feb. 2010

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sepanjang jaulah kami dapat melihat kebesaran dan keagungan ciptaan Allah..

Depan tugu di Kem Berlief markaz terakhir tentera Zionis ketika perang Pembebasan Sinai 6 Okt. 1963

Ukiran anak lembu Samiri

Telaga tinggalan Nabi Musa di Uyun Musa

Tempat Nabi Ilyas berehat

Batu tempat Nabi Musa bersembunyi ketakutan sebelum melihat Allah
Bendera Malaysia sampai di puncak Sinai, tak lupa budu pun sampai juga..

Kejadian matahari terbit,,Subhanallah

Tempat Nabi Musa beruzlah selama 40 hari di puncak Sinai

Unta sepanjang perjalanan mendaki bukit bagi sesiapa yang keletihan

Sebelum mendaki

Perkampungan dan Wadi arbain

Masjid Wadi Muqaddas

Makam Nabi Harun di atas bukit

Bukit terletak patung anak lembu Samiri

Chalet di Sinai

Batu dan bukit sepanjang perjalanan ke Sinai

Berlatar belakangkan bukit bukau yang indah

Sightseeing di tepi pantai waktu pagi

Team snorkeling

chalet di dahab

Laut keliling kubu Salahudin

Seni bina kubu yang kukuh sehingga sekarang

Perkampungan Salahudin

Sejuk-sejuk ada api panaskan badan

Makam Nabi Harun

Program jaulah yang kami sertai iaitu pelajar Kuliah Ulum ialah bawah seliaan dan kendalian Bahagian Perhubungan dan Pelancongan Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK). Jaulah selama 3 hari 2 malam bermula 8 hingga 10 Februari 2010 dan bayaran sebanyak 180 LE dipandu oleh pemandu pelancong yang memang berpengalaman membawa pelancong ke Semenanjung Sinai sebanyak 9 kali iaitu Ustaz Taha Hasan. Bayaran yang dikenakan antara yang termurah jika dibandingkan dengan anjuran Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) serta Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang lain kerana mendapat bantuan daripada Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK). Bilangan peserta dan ajk seramai 42 orang serta seorang pegawai dari kedutaan Ustaz Zulkifli Din bertolak dari DMAK pagi Isnin jam 2 pagi menaiki sebuah bas dan jaulah yang pertama kali dianjurkan oleh DMAK ini sebanyak dua trip iaitu trip pertama lelaki sahaja dan kedua bagi pelajar perempuan yang bertolak pada 12 hingga 14 Feb pula. Jadi antara tempat yang kami lewati dan singgahi sepanjang perjalanan :

1. Melalui Terusan Suez kami singgah solat subuh ditempat bernama Nakhl. Kami tiba hampir jam 6 pagi dan keadaan angin di situ memang sejuk dan apabila bercakap asap yang keluar macam hisap rokok. Sepatutnya destinasi pertama kami ialah tinggalan kem tentera Israel tetapi waktu kami tiba terlalu awal seawall 4 pagi dan tempat itu belum dibuka.

2. Seterusnya terus menuju ke kawasan bernama Taba terletak di tepi laut. Di situ merupakan sempadan antara Mesir dan Israel dan dapat dilihat pos kawalan tentera Israel. Terdapat juga di sana Hotel Hilton yang selalu menjadi sasaran serangan bom dan telah banyak pelancong terutama pelancong Israel mati kerana serangan tersebut pada suatu masa dahulu. Untuk melawat dengan lebih dekat kawasan tersebut pelancong perlu membayar sebanyak 75 LE jadi keputusan tidak masuk kerana itu bukanlah matlamat tempat yang hendak kami lawati. Maklumat yang kami dapat tempat tersebut ialah di situ tidak ditempatkan tentera Mesir dan yang dibenarkan cuma polis serta kawasan sekitar tidak dimajukan untuk pertanian kerana hasil perjanjian David.

Jadi kami menuju ke tempat yang memang kami hendak lawati iaitu Perkampungan Salahudin al Ayyubi. Kami tiba pun agak awal jam 8 pagi dan tempat tersebut dibuka jam 9 pagi jadi tunggu seketika sambil bergambar di kawasan sekitar berlatar belakangkan bukit bukau yang indah. Perkampungan itu telah dimajukan dan terdapat hotel bagi pelancong bermalam. Tempat bersejarah yang terletak di situ ialah salah satu antara kubu Salahuddin Al Ayyubi selain dari yang terletak di Kaherah dan Iskandariah. Bagi menuju ke kubu tersebut pelancong perlu menaiki bot hampir lima minit sahaja kerana kubu terletak di tengah laut. Pemandangan air laut memang begitu indah dan menenangkan. Teknologi terawal yang telah dilakukan oleh Salahuddin al Ayyubi ialah menukar air laut yang masin menjadi air tawar bagi kegunaan tentera untuk berwudhuk dan minum serta sebagainya. Caranya ialah dengan meletakkan batu sehingga rapat dan mengalirkan air melalui batu itu. Garam akan terlekat di permukaan batu dan yang terhasil Cuma air tawar. Jadi boleh dilihat kebijaksanaan Panglima Islam dalam menghasilkan teknologi biarpun pada waktu itu belum terdapat kemudahan yang canggih seperti di zaman sekarang.

3. Seterusnya kami terus menuju ke Dahab dan perjalanan memakan masa hampir 3 jam. Tengah hari jam 2 petang kami pun tiba di pantai dahab dan terus ke chalet kami bermalam. Selesai makan tengah hari dan solat jama’ zohor dan asar, peserta diberi kebebasan sehinggalah keesokan harinya. Memang peluang terbaik buat kami bagi menyegarkan badan yang lesu. Masing-masing dan bercadang hendak mandi laut. Jadi berbekalkan 10 LE untuk menyewa alat bagi snorkeling dan cukup untuk mandi dan melihat keindahan batu karang yang terdapat di dalam Laut Merah. Keadaan di Dahab penuh dengan pelancong asing dan sepanjang laut terdapat restoren makanan laut dan harganya pun berpatutan.Sejarah asal perkataan Dahab ialah zahab ataupun dalam arabnya bermaksud emas tapi diammikan dan menjadi dahab kerana di sana terdapat bukit bukau dan pada waktu senja kelihatan warnanya seakan-akan emas hasil pantulan cahaya matahari.
Pada malamnya kami kebetulan bertemu dengan rombongan dari Tanta yang baru pulang dari mendaki Bukit Sinai dan mereka bermalam sehari di situ sebelum bertolak pulang ke Kaherah keesokannya.

4. Dah puas bermandi-manda dan membeli sedikit cenderamata untuk dibawa pulang ke Kaherah, jam 11 pagi kami bertolak ke Sinai dan kawasan Saint Catherine.Kami melalui sepanjang banjaran Tiih yang disebut dalam alquran.

26. Allah berfirman: "Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya - selama empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau Dengan bingungnya (di sepanjang masa Yang tersebut) di padang pasir (Sinai); maka janganlah Engkau berdukacita terhadap kaum Yang fasik itu".

Sepanjang perjalanan ke Sinai kami dapat melihat keindahan bukit-bukau yang pelbagai bentuk serta padang pasir yang luas terbentang ciptaan Allah.
Destinasi seterusnya kami lawati sebelum tiba di Saint Catherine ialah kawasan terletaknya patung lembu Samiri yang kisahnya disebutkan dalam Al Quran.

93. Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil janji dari kamu dan Kami angkat bukit (Thursina) di atasmu (seraya Kami berfirman): "Peganglah teguh-teguh apa yang Kami berikan kepadamu dan dengarkanlah!" Mereka menjawab: "Kami mendengar tetapi tidak mentaati". Dan telah diresapkan ke dalam hati mereka itu (kecintaan menyembah) anak sapi karena kekafirannya. Katakanlah: "Amat jahat[74] perbuatan yang telah diperintahkan imanmu kepadamu jika betul kamu beriman (kepada Taurat).

[74]. Perbuatan jahat yang mereka kerjakan ialah menyembah anak sapi, membunuh nabi-nabi dan melanggar janji.

Lembu itu direka oleh Samiri dengan cara menyuruh pengikutnya memberi semua emas milik mereka untuk dijadikan patung anak lembu tersebut, ada juga mengatakan patung itu terhasil melalui pantulan cahaya matahari. Apabila angin melalui lubang yang terdapat pada patung itu di bahagian depan akan terhasil bunyi seolah-olah patung itu bernyawa.Kesemua pengikutnya percaya dengan tipu daya Samiri. Patung itu dibuat semasa pemergian Nabi Musa selama 40 hari bagi menerima wahyu taurat dari Allah. Dapat dilihat bentuk anak lembu agak jelas dengan mata serta 4 kaki. Bertentangan dengan patung itu terdapat makan Nabi Harun dan disebelahnya terdapat gereja. Peliknya setiap makam nabi ada sahaja gereja.

5. Seterusya kami menetap di chalet berikutnya dan selesai solat zohor dan asar secara jama’ di Masjid Wadi al Muqaddas, semua peserta di bawa ke Mata Air 12 yang disebut dalam Al-Quran Wadi Arbain. Perjalanan sejauh hamper 5 km dikelilingi batu dan bukit serta latihan awal sebelumnya malamnya kami akan mendaki Gunung Sinai. Sejarah Mata Air 12 ialah pengikut Nabi Musa telah mengadu kehausan lantas Allah menyuruh Nabi Musa menghentak batu dengan tongkat lalu terhasillah 12 mata air bagi 12 kaum. Ada pihak cuba mengubah batu itu tapi tidak berdaya kerana kuasa Allah ingin mengekalkan kedudukan batu tersebut di situ.

60. Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukulah batu itu Dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), folalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air; Sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Dan Kami membahagikan mereka (Bani Israil) menjadi dua belas suku, sebagai golongan-golongan besar, dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa, ketika kaumnya meminta air kepadanya: "Pukulah batu itu Dengan tongkatmu." maka terpancarlah daripadanya dua belas mata air. tiap-tiap golongan (di antara mereka) mengetahui tempat masing-masing. dan Kami naungi mereka Dengan awan, dan Kami turunkan kepada mereka "Mann" dan "Salwa". (lalu Kami berfirman): "Makanlah dari baik-baik Yang Kami telah kurniakan kepada kamu". dan tidaklah mereka menganiaya Kami (dengan kekufuran mereka), tetapi mereka adalah menganiaya diri mereka sendiri.

Manakala Wadi Arbain atau Wadi 40 ialah merupakan tempat persidangan 40 nabi lain bersama Nabi Musa bagi membincangkan masalah pada setiap tahun. Dapat dilihat Cuma di kawasan itu sahaja terdapat tumbuhan yang merupakan pokok zaitun subur dan berdekatan tempat tersebut terdapat perkampungan badawi yang berulang alik ke pekan setiap hari berjalan kaki atau menaiki unta bagi membeli kelengkapan harian.

6 Setelah melihat semua tempat tinggalan sejarah tadi, semua peserta berjalan pulang ke chalet untuk berehat bagi mendapatkan tenaga untuk mendaki gunung Sinai pada malamnya nanti. Setibanya di chalet kami semua dihidangkan dengan juadah yang sedap dan peserta kesemuanya kelihatan berselera kerana terlalu lapar dan letih berjalan sejauh 5 km sebentar tadi. Jam 11.45 malam ada taklimat disampaikan oleh Ustaz Taha Hasan sebelum perjalanan kami mendaki Bukit Sinai dan kami diagihkan kepada beberapa kumpulan kecil yang diketuai oleh pelajar perubatan bagi memudahkan pergerakan mendaki sekiranya terdapat peserta yang sakit sepanjang perjalanan. Jam 2 pagi kami mendaki bersama ramai lagi peserta lain seperti Perubatan dari Kaherah yang terdiri dari pelajar perempuan. Terdapat 8 checkpoint sebelum sampai ke puncak dan terdapat teh dijual untuk menghilangkan sejuk tetapi harga memang mahal memandangkan atas bukit. Ketinggian bukit Sinai 2280 km dan suhu rendah hingga pernah mencecah negative 5 celcius sehingga ada salji. Perjalanan yang agak memenatkan selama hampir 4 jam lebih akhirnya membuahkan hasil kerana di atas puncak sana kami dapat melihat matahari terbit dan sempat solat subuh di surau di atas. Terlintas di fikiran bagaimana keadaan Nabi Musa mendaki dalam suasana kelam dan sejuk serta kawasan yang curam. Kelihatan ramai peserta lain dari pelbagai tempat seperti Mansoura,Tanta, Iskandariah dan ada juga yang dating dari Jordan untuk mendaki Gunung Sinai. Pelancong asing turut ramai seperti dari Jerman, Chile dan sebagainya. Kami sempat melihat kawasan berbatu yang menjadi tempat Nabi Musa bersembunyi sebelum melihat Allah kerana terlalu takut dengan kekuasaanNya.

Jam 7 pagi kami bersiap turun dan ketika pulang kami mengikuti jalan lain bagi menyaksikan satu lagi tinggalan sejarah iaitu tempat perkampungan Nabi Ilyas dan pengikutnya dan pokok di mana baginda selalu bersandar pada suatu masa dahulu. Jalan ketika pulang agak curam dan lebih cepat daripada jalan ketika mendaki naik.

7. Seterusnya kami bertolak keluar dari Sinai dan menuju ke U’yun Musa. Di sana kami melawat kawasan telaga 12 yang menjadi sumber air kepada 12 kaum Nabi Musa selepas lari melepasi laut merah yang terbelah bagi menyelamatkan diri dari Firaun dan bala tenteranya. 8 Jadi sampai ke destinasi terakhir jaulah kami ke semenanjung Sinai iaitu Kem Tentera Israel atau namanya Kubu Berlief yang kami tangguhkan di awal perjalanan kerana tiba terlalu awal sebelum dibuka. Kini kawasan tersebut dijaga dan dikawal oleh tentera Mesir. Pada suatu masa dahulu semasa perang Mesir-Israel, kem tersebut merupakan tempat kawalan tentera Israel dan terdapat meriam yang digunakan untuk menyerang Terusan Suez bagi menguasai minyak di sana. Sehingga sekarang Israel masih ingin menguasai sumber minyak di sana sehinggakan pernah mengorek bagi mendapatkan minyak tetapi dengan kuasa Allah yang keluar ialah air panas. Di kem tersebut terdapat pos kawalan dan 6 kem kecil. Setiap kem dibuat daripada besi rel kereta api yang keras yang diatasnya diletakkan 3 tembok batu yang besar diikat dalam dawai besi dan dikambus dengan pasir. Tujuannya ialah apabila serangan dilakukan oleh tentera Mesir, batu tadi pecah seterusnya akan menjadikan benteng tadi bertambah lebih kuat. Serangan bertalu-talu tentera Mesir ke atas benteng tentera Israel tidak membuahkan hasil. Tentera Mesir pada awalnya sukar untuk mengalahkan tentera Israel akhirnya dengan izin Allah, salah seorang dari Syeikhul Azhar Syeikh Halim Mahmud telah bermimpi supaya mencurahkan air ke atas pasir dan pasir yang menutupi benteng mendap dan tentera Mesir berjaya mengalahkan tentera Israel laknatullah. Apabila Mesir mendapat kawasan tersebut, Presiden lalu Jamal Abdul Nasir telah mengarahkan untuk menghapuskan sebahagian kem kecil tersebut dengan menggunakan TNT. Kami dibawa melihat peralatan yang digunakan oleh tentera Isarel dan diterangkan rahsia di sebalik bendera Israel yang mempunyai 6 bucu dan dua garisan di atas dan bawah bintang tersebut . Enam Negara yang dimaksudkan ialah Mesir, Palestin, Jordan, Lubnan, Syiria dan Iraq. Jadi memang munasabah kenapa Mesir menghabiskan banyak duit untuk pertahanan. Akhirnya kami bergerak pulang ke Kaherah dengan melalui Terowong Ahmad Hamdi merentasi Terusan Suez yang memisahkan antara Benua Asia dan Afrika. Terowong tersebut dinisbahkan kepada nama Ahmad Hamdi kerana dahulunya beliau merupakan salah seorang syuhada dalam peperangan Mesir dan Israel. Selepas melepasi terowong kami singgah di masjid bagi menyempurnakan solat zohor dan asar secara jama’.

Alhamdulillah jam 6 malam kami selamat sampai di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah. Kami bersyukur kerana sepanjang perjalanan tidak ditimpa sebarang masalah dan musibah dan pada saya sendiri merasakan program jaulah pertama kali yang dianjurkan oleh pihak DMAK berjaya dan berharap dapat diadakan lagi pada masa akan datang. Jaulah ini yang bertemakan Tarbiah dan Ukhwah mencapai matlamtnya kerana sepanjang jaulah kami melihat tinggalan sejarah para anbiya dan melihat keindahan ciptaan Allah dan juga kenal mengenali antara sesama peserta lain. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program jaulah kali ini. Harapan kami nanti buat lagi jaulah…Best….sekiranya terdapat kesilapan fakta harap dapat dibetulkan kerana semua catatan merupakan imbas kembali apa yang saya dapat dari yang diceritakan oleh pemandu pelancong kami.